Pages

Sunday, December 14, 2008

Ramai sangsi keberkesanan suruhanjaya lantik hakim

KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang Suruhanjaya PelantikanKehakiman 2008 (JAC) yang dibentangkan di Parlimen untuk bacaan pertama Rabulepas, terus mengundang perbahasan ramai mengenai kepentingannya kepada sistemkehakiman negara.

Beberapa kenyataan, termasuk yang bersifat provokatif, mulai kedengaran bukansahaja di Parlimen malah sehingga melewatinya.

Kebimbangan ini timbul ekorandaripada kurangnya pemahaman berhubung hasrat JAC itu.

Beberapa kelemahan ataukekurangan mungkin kelihatan ketika ini, namun apa yang pasti ia akan diperbaikibagi manfaat semua pihak.

Dalam menangani beberapa kebimbangan yang bangkitkan sehingga ini,pegawai-pegawai kerajaan yang faham dengan rang undang-undang berkenaan tampiluntuk memberi penjelasan mengenai peruntukan-peruntukan yang diketengahkan.

Contohnya mereka memutuskan untuk menjawab komen Bekas Ketua Hakim Negara, TunAbdul Hamid Mohamad berhubung korum tujuh pesuruhjaya yang menurutnya tidak akandapat diperolehi semasa mesyuarat pemilihan jawatan Ketua Hakim Negara atauPresiden Mahkamah Rayuan.

Menurut Abdul Hamid ini kerana kebanyakan calon bagi jawatan-jawatan tersebutadalah dari kalangan anggota suruhanjaya itu sendiri, menjadikan mereka terpaksamengundurkan diri daripada berada dalam mesyuarat pemilihan itu.

Bagaimanapun pegawai-pegawai kerajaan yang faham mengenai perkara tersebutberkata senario itu sudah ditimbangkan.

Menurutnya Seksyen 13(5) Rang undang-undang menyatakan bahawa "sekiranya kuorumtujuh anggota itu tidak dapat dipenuhi disebabkan ada antara mereka yang tidakdapat menyertai mesyuarat pemilihan itu (contohnya kerana mereka sendiri menjadicalon ke jawatan tersebut), kemudian kuorum itu akan menjadi kurang daripadalima."

Abdul Hamid juga menyatakan dalam aspek pertimbangan calon bagi jawatan KetuaHakim Negara, mesyuarat pemilihan mungkin akan hanya terdiri daripada seoranghakim Mahkamah Persekutuan dan empat bukan hakim, memandangkan lain-lainpesuruhjaya mungkin akan menjadi calon sendiri, dan beliau bertanya adakah itusebenarnya tujuan rang undang-undang tersebut.

Sebagai jawapan bagi persoalanan ini sumber kerajaan berkata, "Mesyuaratpemilihan bagi nama-nama yang terpilih bagi jawatan Ketua Hakim Negara, mungkinakan dianggotai seorang Ketua Hakim Negara, seorang hakim Mahkamah Persekutuandan empat tokoh terkemuka."

"Individu ini perlu dibimbing oleh kriteria yang jelas, yang antaranya termasuk berintegriti, cekap, berpengalaman, memilikikarektor moral yang baik, tegas dengan keputusan, berkeupayaan membuatpenghakiman tepat pada masanya, memiliki kemahiran menulis perkara berkaitanundang-undang dengan baik, mampu mengendalikan kes-kes dengan baik, sihatfizikal dan mental, sebagaimana yang ditetapkan Seksyen 23(2) rang undang-undangitu.

"Tujuan utama rang undang-undang ini adalah untuk membolehkanpesuruhjaya-pesuruhjaya itu, yang mereka sendiri adalah tokoh-tokoh terkemukadan bijak, untuk membuat keputusan berdasarkan kepada kriteria berkenaan,"menurutnya.

Majlis Peguam Malaysia pula semasa memuji rang undang-undang itu turutmengeluarkan kenyataan bahawa Perdana Menteri dilihat memiliki terlalu banyakkuasa dalam JAC, memandangkan tokoh-tokoh terkemuka itu juga dilantik olehPerdana Menteri.

Majlis Peguam berpendapat perkara ini akan membawa kemungkinan besar peluangbagi Perdana Menteri memilih ahli politik atau bekas anggota badan eksekutif.

Merujuk kepada perkara ini, pegawai yang memahami JAC itu berkata tokoh-tokohterkemuka itu perlu dilantik oleh Perdana Menteri, kerana jika tidak, ia akanmenjadi 'ultra vires' kepada perlembagaan yang memberikan hak prerogatifPerdana Menteri dalam memberi cadangan-cadangan berhubung pelantikan hakimkepada Majlis Raja-raja.

Bagaimanapun dalam membuat pelantikan ini, Perdana Menteri perlu merujuk kepadabanyak pihak yang terbabit, termasuk Majlis Peguam sendiri, dan juga badan-badanyang berkaitan, sebagaimana yang termaktub dalam Seksyen 5(1).

Pegawai itu juga berpendapat peruntukan tersebut jelas mempamerkan niat baikserta hasrat murni untuk berlaku adil dalam melantik tokoh-tokoh terkemuka itu,yang pastinya dihormati dan disegani ramai, demi memberi kredibiliti kepada JAC.

No comments:

Posting Terkini