Berdasarkan kepada laporan Malaysiakini jelas menampakkan sikap sebar Hassan Ali yang amat tidak pro dan mementingkan politik peribadi. Datuk Dr. Hassan Ali sebenarnya lebih terkenal sebagai seorang usahawan dari seorang ahli politik.
PAS hanya dijadikannya sebagai landasan untuk kepentingan perniagaannya semata-mata.
Paparan Malaysiakini membuktikan betapa sikap gelojoh dan rakus serta mementingkan diri telah bermaharajalela dalam benak manusia bernama Hassan Ali.
Malaysiakini- Bibit-bibit pergeseran dua pemimpin kanan PAS Selangor mula memuncak sewaktu permukiman pemimpin-pemimpin tertinggi parti itu di Langkawi sebulan lalu.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali didakwa membentang laporan yang mengkritik pentabiran kerajaan Pakatan Rakyat di negerinya, kata seorang aktivis parti itu.
Pada hal permukiman tersebut diuar-uarkan untuk merapatkan anggota-anggota jawatankuasa pusat PAS dan majlis syura tetapi menjadi medan serangan Dr Hasan terhadap kerajaan Selangor, katanya, yang dikenali Tulang Besi, kepada Malaysiakini.
Susulan laporan yang digambarkan "100 peratus negatif" berkaitan kedudukan PAS dalam kerajaan negeri, dua minggu selepas permukiman tersebut, maka pemimpin atasan PAS yang tidak berpuas hati memanggil Dewan Harian negeri itu untuk membentang laporan tersebut kepada lajnah politik PAS.
Dr Hasan didakwa membentang laporan yang sama negatif - disanggah oleh Khalid Samad, waktu itu masih timbalan pesuruhjaya II PAS negeri dan anggota lajnah politik.
Wakil rakyat Gombak Setia itu juga disanggah hebat oleh saf kepemimpinan PAS di permukiman tersebut, yang diadakan antara 7 hingga 9 November.
Tulang Besi, penulis blog Malaysia Waves yang tekal mendedahkan pergeseran dalaman PAS, mendakwa Dr Hasan cukup tidak berpuas hati dengan penolakan tersebut.
Tambahnya, di sinilah bermulanya pergeseran tajam antara Dr Hassan-Khalid yang berakhir dengan pengguguran tokoh nombor tiga daripada kepimpinan PAS negeri pada 21 November lepas.
Pemecatan Khalid bersama ketua penerangannya Saari Sungib pada tarikh yang sama tidak dibuat di peringkat Dewan Harian PAS negeri, seperti dilaporkan, sebaliknya tindakan peribadi Dr Hasan secara mengejut dalam mesyuarat badan perhubungan negeri pada sebelah malam hari yang sama.
"Yang hairannya, dalam mesyuarat Dewan Harian negeri sebelum pemecatan (kedua-duanya), tidak dibincangkan langsung akan pemecatan Khalid ini," dakwa Tulang Besi lagi di blognya kelmarin.
"Keputusan memecat Khalid ini dibuat secara impromptu (tiba-tiba) tanpa merujuk kepada Dewan Harian negeri.
"Ahli-ahli (badan) perhubungan negeri seperti terkejut dan tiada siapa yang bersuara kerana mereka berada dalam keadaan yang sangat terkejut."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment