Pages

Tuesday, December 16, 2008

Calon BN dijangka umum Sabtu ini

PETALING JAYA: Calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihanraya Parlimen Kuala Terenganu dijangka diumumkan Sabtu ini.

Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh ketika dihubungi berkata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan mengumumkan nama calon berkenaan.

"Ikut perancangan Datuk Seri Mohd Najib akan mengumumkan pada Sabtu ini di kediaman rasmi Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Ahmad Said," katanya.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan senarai pendek calon yang diserahkan kepada Badan Perhubungan Umno negeri itu.

"Ia maklumat sulit dan bukan untuk umum, kalau boleh didedahkan sebelum masanya...baik saya buat surat terbuka sahaja.

"Kita kena tunggulah bila tiba harinya nanti, semua orang akan tahu," katanya.

Beliau juga tersenarai antara nama yang disebut-sebut sebagai calon dalam pilihan raya berkenaan.

Nama lain ialah Timbalan Ketua Umno Kuala Terengganu, Mohd Sabri Alwi, Bendahari Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Roslan Awang Chik, bekas Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh dan Ketua Sektor (Akademik) Jabatan Pelajaran negeri, Zuber Embong.

Dalam perkembangan yang berkaitan, beliau turut memaklumkan buat masa ini segala perancangan dan persediaan menghadapi pilihan raya kecil berkenaan pada 17 Januari depan berjalan lancar.

"Wakil-wakil dari negeri lain juga sudah mula turun ke Kuala Terengganu bagi membantu jentera pilihan raya parti," katanya.

Tambah beliau lagi peranan wakil-wakil berkenaan ialah bagi membantu Badan Perhubungan negeri menemui ketua-ketua cawangan serta menggerakkan persediaan diperingkat akar umbi.--mSTAR

No comments:

Posting Terkini