KUALA TERENGGANU, 15 Okt-- Jabatan Pelajaran akan menarik balik jawatan pengetua kanan dan status sekolah cluster jika pihak terbabit tidak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim berkata beberapa petunjuk prestasi akan digunakan seperti keputusan peperiksaan dan sistem pengurusan sekolah akan diambil kira sebelum tindakan itu dibuat.
"Setakat ini dua pengetua kanan yang masing-masing bertugas di sekolah yang terletak di negeri pantai timur dan tengah telah diberikan amaran keras," katanya kepada pemberita selepas Persidangan Pengurusan Profesionalism MPKK dan Majlis Anugerah Pelantikan Pengetua Kanan bagi negeri Terengganu dan Kelantan, di sini, Rabu.
Noor Rezan bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai pengetua sekolah yang dimaksudkan itu.
Turut hadir pada majlis itu Pengarah Pelajaran negeri Terengganu Ariffin Embong.
Beliau berkata kementerian dan jabatan pelajaran tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap guru terbabit dan tindakan tegas akan diambil jika mereka masih mengulangi kesalahan yang sama.
-- BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment