Pages

Wednesday, October 29, 2008

Sarjan polis hadapi tuduhan rasuah

SEREMBAN: Seorang anggota polis berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan menerima rasuah berjumlah RM1,000 daripada seorang awam di Taman Pinggiran Senawang dekat sini, tahun lepas.

Samsuri Sarijan, 46, didakwa menerima suapan itu daripada Toh Seng Keat melalui seorang anggota polis, Lans Kpl Tee Tian Lai sebagai dorongan untuk tidak menuduh Toh di mahkamah kerana memiliki dadah jenis ketamin di Restoran Anjung Timur, Taman Pinggiran Senawang, pada 1.30 pagi 22 Sept 2007.

Samsuri, yang sebelum ini bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, kini digantung kerja.

Samsuri, yang diwakili peguam Hanif Hassan, kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sabariah Atan.

Sabariah kemudian membenarkan Samsuri diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 dan 6 Feb tahun depan untuk perbicaraan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ng Siew Wee.
BERNAMA

No comments:

Posting Terkini