Oleh WAHIDA ASRANI
SERI KEMBANGAN: Penyanyi popular Asmawi Ani atau Mawi akan melangsungkan majlis pernikahan dengan Nora'Ashikin Rahmat yang mesra disapa Ekin, pada 20 Disember depan di negeri kelahirannya, Johor Bahru.
Mawi yang mengadakan sidang media khas bagi mengumumkan tentang perkahwinannya dengan bekas pelakon drama bersiri Kawan itu di Palace of Golden Horses sebentar tadi akhirnya menamatkan segala spekulasi tentang tarikh sebenar majlis bersejarah mereka itu yang mula menjadi topik hangat sejak pasangan tersebut mendedahkan kisah cinta mereka pada Mac lalu.
Pernikahan yang akan berlangsung di salah sebuah masjid di Johor Bharu itu akan diikuti pula dengan majlis persandingan oleh pihak perempuan di Stadium Tertutup Johor Bahru pada sebelah malam hari yang sama, manakala majlis resepsi di pihak lelaki pula akan diadakan pada 28 Disember di Dewan Felda Taib Andak, Kulai.
Dalam pengumuman tersebut, Mawi turut mengumumkan tentang majlis resepsi istimewa mereka di Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan bertarikh 11 Januari 2009.
Selain itu, Mawi memberitahu perasaan terujanya untuk menghadiri kursus kahwin bersama Ekin pada 4 November ini bertempat di Masjid Putrajaya, Putrajaya.
Seperti mana perkahwinan gilang-gemilang Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Seri Khalid Muhamad Jiwa yang disiarkan secara langsung di TV3 dua tahun lalu, kali ini majlis hebat Mawi dan Ekin juga akan turut disaksikan oleh jutaan penonton menerusi saluran Astro yang sah mendapat hak eksklusif untuk menyiarkan majlis perkahwinan pasangan selebriti ini.
Sehubungan dengan itu, Mawi juga bakal mengadakan konsert istimewa bersama rakan-rakan AF yang lain secara percuma untuk peminatnya pada 27 Disember depan di Padang Felda Taib Andak, Kulai, Johor.
Pengumuman istimewa ini disiarkan secara eksklusif di Astro Awani mulai pukul 2.30 petang tadi hingga 4 petang ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment