Pages

Wednesday, October 29, 2008

Harga minimum rokok akan ditetapkan

PUTRAJAYA 29 Okt. — Harga minimum rokok di pasaran tempatan mungkin akan ditetapkan kepada RM6 sekotak, atau pada kiraan tidak kurang 30 sen bagi setiap batang rokok, menjelang akhir tahun ini, sebagai satu lagi usaha kerajaan mengawal gejala merokok terutama di kalangan remaja.

Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai berkata kementerian itu kini dalam peringkat akhir menyiapkan draf Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Kawalan Penjualan Hasil Tembakau) 2008, yang akan menyaksikan penetapan harga minimum bagi semua rokok yang dijual di pasaran tempatan, dan perkara itu telahpun dibincang dan dipersetujui oleh semua pihak termasuk pihak industri dan mesyuarat Jemaah Menteri 17 Sept lalu.

“Menurut hasil kajian Bank Dunia, cukai tembakau dan harga rokok di pasaran merupakan strategi paling utama dan amat berkesan sekali dalam usaha mengawal penggunaan tembakau, khususnya bagi generasi muda, iaitu kanak-kanak, remaja dan golongan berpendapatan rendah.

“Demi menjaga kepentingan kanak-kanak dan remaja daripada terjebak dengan ketagihan rokok dan seterusnya kemungkinan kepada risiko penyalahgunaan dadah, kerajaan amat komited untuk melindungi generasi muda dengan mengurangkan kemudahdapatan rokok oleh golongan ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

No comments:

Posting Terkini