Anak lelaki kepada Exco Hal Ehwal Agama Johor, Dato Zainal Abidin bin Osman telah ditangkap khalwat pada bulan Ogos 2008 di sebuah hotel di Johor. Anak lelakinya itu sekarang sedang belajar di Universiti Tun Husin Onn Batu Pahat (UTHO).
Anak lelakinya itu ditangkap bersama pasangannya yang juga seorang pelajar di UTHO. Malangnya sehingga hari ini 14 Oktober 2008, tiada tindakan diambil, anak YB dibiarkan lepas.Malangnya Dato Zainal Abidin telah menyalahgunakan kuasa supaya Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) tidak mengambil tindakan terhadap kes ini.
Pengarah JAIJ Dato Zalil bin Baron telah mengarahkan penguatkuasa JAIJ mendiamkan diri dan tindakan tidak diambil terhadap anak exco ini. Bagaimanapun kes ini tidak dapat dirahsiakan lagi, ramai orang sudah tahu termasuk ahli UMNO. Apabila didesak oleh orang-orang tertentu, Dato Zalil menyatakan beliau tidak tahu menahu tentang kes ini, dan mula berpura-pura menyalahkan penguatkuasa pula. Kononnya penguatkuasa tidak mahu bertindak, sedangkan Dato Zalil yang menghalang kes ini dari diteruskan.
Kami mendapat maklumat, Dato Zalil sudah mengetahui kes ini sehari selepas tangkapan dilakukan, beliau tidak boleh menipu lagi, buktinya ada.
Diharapkan Dato Zainal (yang juga ADUN Endau UMNO) dan Dato Zalil Baron, jalankan tugas dengan baik, menjaga nama baik jabatan.....Orang kerja kilang boleh kena dakwa, mentang-mentang anak YB exco boleh lepas begitu saja.... mana keadilan.
Daripada : Pak Malau Mersing
Friday, October 17, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
sumpah gua tak heran...
gua percaya nnt bile tuka kerajaan benda same pon akan berulang...
gua mau ISLAM laa!!
bukan nya tuka exco agama!!
Post a Comment