SINGAPURA, 17 Okt - Singapura dijangka berhadapan dengan pertumbuhan ekonomi yang perlahan dan bakal berhadapan dengan lebih banyak ketidaktentuan pada tahun depan, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
"Kegawatan kewangan global sekarang ini telah memberi kesan terhadap tinjauan ekonomi Singapura," katanya semasa merasmikan hab penyelidikan dan pembangunan (R&D) utama kedua republik itu, Fusionopolis.
Hab utama pertamanya, Biopolis, yang memberi fokus pada sains bioperubatan dirasmikan lima tahun lepas.
"Ekonomi kita telah memasuki kemelesetan," katanya, tetapi menyatakan bahawa kerajaan akan memastikan program R&D negara itu tidak akan menerima kesan berikutan ketidaktentuan itu.
Katanya pembiayaannya tidak akan menerima kesan dan kerajaan masih komited sepenuhnya untuk melabur dalam R&D bagi membangunkan keupayaan utama yang akan memastikan daya saing ekonomi republik itu di dalam tempoh jangka masa panjang.
Fusionopolis yang bakal dibangunkan di kawasan 30 hektar dalam enam fasa akan mempunyai 800 orang pakar sains, jurutera dan pakar membangunkan permainan pada fasa pertama pembangunannya.
-- BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment