Pesawat MiG-29 Russia terhempas di Siberia
MOSCOW: Tentera Udara Russia mengesahkan sebuah pesawat pejuangnya, MiG-29 terhempas di Selatan Siberia dengan juruterbangnya dilaporkan terselamat.
Jurucakapnya, Dmitry Feofanov, berkata pesawat MiG-29 itu terhempas di Wilayah Chita ketika dalam sesi penerbangan latihan.
Beliau berkata, juruterbang pesawat terselamat selepas berjaya menekan butang kerusi anjal.
Bagaimanapun, setakat ini, tidak dapat dipastikan punca nahas.
Pesawat dua enjin MiG-29 itu adalah pesawat pejuang utama dalam Tentera Udara Russia. - AP
:::
Wanita Kubang Kerian calonkan Rafidah, Shahrizat
KOTA BHARU: Wanita Umno Bahagian Kubang Kerian hari ini sebulat suara mencalonkan Tan Sri Rafidah Aziz dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk jawatan Ketua dan Naib Ketua Wanita Umno, pada pemilihan parti, Mac depan.
:::
Zahid setuju perhimpunan agung Umno dibuat awal
PUTRAJAYA: Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersetuju supaya Perhimpunan Agung Umno dibuat awal iaitu 16 Disember ini, bagi memendekkan tempoh kempen pemilihan parti.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, tempoh kempen yang panjang boleh menyebabkan pelbagai perkara berlaku dan bukan saja membabitkan soal produktiviti calon yang akan bertanding.
"Maklumlah kalau banyak sangat berkempen macam-macam boleh berlaku. Apabila masa berkempen terlalu panjang maka ada masa untuk fitnah, mengarang tohmahan, ada masa untuk membunuh watak dan juga politik wang.
:::
Perogol Nurul Huda terlepas hukuman mati
PUTRAJAYA: Bekas pengawal keselamatan, Mohd Abbas Danus Baksan, yang didapati bersalah membunuh budak perempuan berumur 10 tahun, Nurul Huda Abdul Ghani, di Johor empat tahun lalu, terlepas daripada hukuman mati apabila Mahkamah Persekutuan semalam mengenepikan sabitan dan hukuman itu.
Bagaimanapun, hukuman penjara 20 tahun dan 24 sebatan dengan rotan yang diputuskan Mahkamah Sesyen Johor Bahru bagi kesalahan merogol budak perempuan itu, yang Mohd Abbas mengaku bersalah, dikekalkan. Namun, dia terlepas hukuman sebatan kerana berumur 52 tahun.
Ketika membenarkan rayuan Mohd Abbas, Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zaki Tun Azmi, berkata beliau bersetuju dengan hujahan pembelaan bahawa terdapat orang ketiga yang terbabit dalam kes itu.
::
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment