KUALA LUMPUR 17 Okt. - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan caj perkhidmatan sebanyak satu peratus kepada peminjam baru mulai 1 Disember ini, kata Pengerusinya, Datuk Dr. Mohamad Shahrum Osman.
Menurut Shahrum yang baru dilantik Pengerusi PTPTN September lalu, kadar satu peratus itu akan dikuatkuasakan kepada kumpulan peminjam baru sementara pelarasan dan prosedur baru akan diumumkan kelak untuk kumpulan peminjam sebelumnya.
``Sejak kadar caj perkhidmatan itu diturunkan dari tiga kepada satu peratus Ogos lalu, sebanyak 72 peratus daripada 1.2 juta pemegang akaun pinjaman telah memberi tindak balas,’’ katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengurusan PTPTN di pejabatnya di sini hari ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment