Tuesday, September 9, 2008
Ziana tidak risau karier tidak 'semeriah' dulu
SEPANJANG bulan puasa yang sedang dijalani oleh semua umat Islam, penyanyi popular Ziana Zain lebih gemar mengambil kesempatan tersebut untuk berehat seketika dari sebarang aktiviti seni.
Hi Ziana, I dengar cerita you ada bikin filem dengan Najib Razak di Port Dickson suatu ketika dulu?. I tak tuduh you tau. I bertanya je.
Ziana baru-baru ini telah terlibat dengan penggambaran dua buah drama untuk siaran raya bersama pengarah terkenal, Erma Fatima serta sibuk memenuhi undangan sesi fotografi bersama media.
“Saya berehat seketika sepanjang bulan puasa ini. Lepas dua minggu beraya nanti, saya akan kembali sibuk dengan show di sini dan Singapura pula. Persembahan ini dibuat untuk Hari Raya,” ujar Ziana.
Sambil bercerita mengenai persiapan raya pula, kata Ziana, sebagai isteri dan ibu, dia sememangnya akan sentiasa mendahului persediaan untuk suami dan anak-anaknya.
“Bulan Jun lalu saya dah siap belikan beberapa pasang baju Raya untuk anak-anak cuma nak tunggu beli baju Melayu sahaja. Yang pasti, baju Melayu untuk suami dan dua anak lelaki saya akan berwarna sedondon.
“Untuk saya pula, saya akan membeli pada saat-saat akhir dan cuba mencari baju yang berwarna sedondon dengan mereka. Kalau tiada, meraunglah jawabnya,” beritahu Ziana yang akan berhari Raya di rumah ibunya di Shah Alam pada pagi raya dan sebelah petangnya ke rumah nenek suaminya, Armin di Raub, Pahang.
Menurut Ziana, hari Raya tahun lepas mereka tidak berkesempatan untuk menyambut perayaan tersebut di sana. Disebabkan itu, pada tahun ini Ziana akan menghabiskan masa selama empat hari bersama-sama keluarga Armin termasuk neneknya di sana.
Utamakan anak-anak dan kerjaya
Bercerita tentang kehidupannya kini, kata Ziana, dia akui masanya banyak dihabiskan bersama anak-anak di rumah.
Katanya, apabila anak-anak semakin membesar, pelbagai aktiviti yang tidak dirancang dilakukan di samping melayan kerenah mereka.
Anaknya yang sulung iaitu Mohammad Aiman berusia 8 tahun manakala anaknya yang kedua iaitu Mohammad Amar berusia 5 tahun.
Tentang tawaran lakonan pula, kata Ziana, dia lebih suka menerima tawaran berlakon mengikut kesesuaian jadual kerjanya agar tidak mengganggu masa peperiksaan anak sulungnya.
“Saya akan elakkan untuk bekerja semasa anak mahu ambil peperiksaan. Jadi, dalam masa seminggu sebelum dia nak periksa tu saya akan bercuti. Saya sanggup untuk ubah jadual kerja.
“Sudah berapa lama saya komited dengan kerja sebelum ini dan waktu tu berbelas tahun saya membujang. Jadi, masa sekarang saya nak habiskan masa bersama anak-anak,” ulas kakak kepada penyanyi tersohor Anuar Zain ini yang mementingkan kedua-duanya iaitu anak-anak dan karier.
Kerjaya tak ‘semeriah’ dulu?
Melihat kepada karier Ziana sekarang, mungkin ada yang mengatakan Ziana kurang publisiti dan tidak ‘semeriah’ dahulu.
Kata Ziana, dia terima dengan keadaan yang berlaku sekarang kerana percaya setiap orang mempunyai eranya tersendiri.
“Kita akan melalui masa-masa yang tertentu. Kita pun dah tentukan masa ni kita buat duit dan fasa seterusnya kita kena kurangkan atau terus berhenti.
“Itu semua realiti dan orang tak boleh jangka yang saya boleh sentiasa menumpukan kepada kerjaya seni ini.
“Takkanlah orang tak boleh faham yang sesetengah artis itu ada masanya. Seperti saya, saya rasa saya perlu fikirkan tentang keluarga juga. Kalau kita sibuk sahaja 24 jam, baik tak payah kahwin,” tutur Ziana lagi.
Tentang album pula, kata Ziana, dia akan menunggu keputusan daripada syarikat baru selepas syarikat lama yang mengedarkan albumnya dahulu iaitu EMI dikatakan berkemungkinan akan ditutup tidak lama lagi.
“Sekarang, saya tak boleh cakap lagi sebab tengah tunggu deal dengan syarikat baru,” akhiri penyanyi yang pernah popular dengan lagu Puncak Kasih suatu ketika dahulu.
mSTAR
Labels:
Government,
Malaysian Politik,
UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment