Pages

Friday, September 12, 2008

Tanah runtuh di PLKN semakin buruk


KESAN tanah runtuh yang memusnahkan sebahagian bangunan Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Seri Mutiara Pantai Acheh bertambah teruk di Balik Pulau semalam.

(Kosmo)BALIK PULAU – Keadaan tanah runtuh di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Sri Mutiara, Pantai Acheh di sini semakin buruk apabila sebuah lagi menanti masa menyembah bumi.

Tinjauan Kosmo! ke kawasan tersebut semalam mendapati bahagian dinding dua buah blok penginapan peserta itu sudah runtuh dan ia dikhuatiri menjadi lebih buruk kerana masih berlaku pergerakan tanah di bawah bangunan itu.

Lebih memburukkan keadaan air longkang yang dibiarkan mengalir menyebabkan tanah itu terhakis sedikit demi sedikit mengakibatkan sebuah blok bagaikan 'tergantung'.

Aliran air longkang itu membentuk lubang besar di bawah bangunan itu dan ia mungkin runtuh bila-bila masa sahaja sekiranya tidak dibaiki dengan segera.

Sebahagian tanah di kem PLKN itu runtuh kira-kira pukul 4.30 pagi Selasa lalu mengakibatkan banyak tanaman penduduk berhampiran musnah ditimbus tanah.

Sehubungan itu, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) akan menjalankan siasatan terperinci terhadap kem yang beroperasi sejak tiga tahun lepas itu dan tidak menolak kemungkinan menutup kem itu jika tahap keselamatannya meragukan.

No comments:

Posting Terkini