Pages

Saturday, September 13, 2008

MAS batal penerbangan ke Taiwan ekoran taufan

KUALA LUMPUR 13 Sept. — Malaysia Airlines (MAS) membatalkan penerbangan pergi dan balik dari Taiwan berikutan Taufan Sinlaku yang kini melanda pulau itu.

Pengarah Operasi MAS Datuk Tajuden Abu Bakar berkata penerbangan yang dibatalkan hari ini adalah MH94 Kuala Lumpur/Taipeh/Los Angeles; MH68 Kuala Lumpur/Kota Kinabalu/ Taipeh dan MH69 Taipeh/ Kota Kinabalu/ Kuala Lumpur.

Beliau berkata penerbangan MH69 Taipeh/Kota Kinabalu/ Kuala Lumpur yang dijadualkan esok turut dibatalkan.

Para penumpang terbabit boleh menghubungi Pusat Panggilan MAS di talian bebas tol 24 jam 1-300-88-3000 untuk maklumat lanjut.

Menurut laporan agensi berita antarabangsa, CNN, Taufan Sinlaku pada Sabtu bergerak perlahan ke arah perairan utara Taiwan dan membawa hujat lebat.

-Bernama

No comments:

Posting Terkini