Pages

Sunday, September 28, 2008

Malaysia bimbang campur tangan AS

NEW YORK: Malaysia menyuarakan kebimbangan di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berhubung cubaan Amerika Syarikat (As) baru-baru ini yang mempersoalkan undang-undang dan pentadbiran badan kehakimannya.

"Jika mahu, kami juga boleh mempersoalkan asas perundangan dalam penahanan tanpa perbicaraan di Teluk Guantanamao, tetapi kami tidak berbuat demikian sepertimana kami juga tidak mempersoalkan tindakan masyarakat dalam bidang kuasa lain," kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Rais berucap pada perhimpunan agung ke63 badan dunia itu di sini pada Sabtu bagi mewakili Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sebelum ini membatalkan lawatannya ke sini.

"Ia perlu ditegaskan sekali lagi kita tidak ada hak untuk campur tangan, dalam sebarang bentuk manifestasi atau atas sebarang dalih atau keadaan, dalam hal ehwal dalaman negaranegara lain," kata Rais.

Washington sebelum ini memberi amaran kepada Malaysia agar penyiasatan dan pendakwaan terhadap ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak patut "bermotifkan politik" dan perlu dilakukan mengikut undang-undang. BERNAMA

No comments:

Posting Terkini