BUKIT MERTAJAM 30 Ogos – Tiga lelaki yang menyamar sebagai anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melarikan mikrocip komputer bernilai RM1.2 juta dari sebuah van keselamatan di sini semalam.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.30 petang ketika pemandu van tersebut baru sahaja mengambil muatan mikrocip berkenaan dari sebuah kilang elektronik di bandar Sunway, Seberang Jaya, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner, Dr. Mohd. Shah Husin Shah berkata, ketiga-tiga suspek yang memakai jaket JPJ meminta pemandu van tersebut memberhentikan kenderaan untuk pemeriksaan. - Utusan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment