Pages

Monday, July 6, 2015

Forbes: Najib mungkin sukar untuk terus bertahan

Datuk Seri Najib Abdul Razak bakal menjadi lemah atau berdepan masalah kelangsungan sebagai perdana menteri ekoran skandal terbaru yang mendakwa USD700juta daripada dana 1MDB yang dipindahkan ke dalam akaun bank peribadinya, kata majalah perniagaan Amerika Syarikat Forbes.

Semalam wartawan bebas Chris Wright menulis dalam Forbes berkata jika terbukti bahawa dakwaan dana itu dimasukkan akuan milik Najib, maka sukar untuk melihat Najib untuk terus bertahan.

"Tetapi, jika ia terbukti tidak berlaku, dakwaan itu datang pada waktu yang sangat sukar bagi pemimpin Malaysia," tulis Chris dalam komentar dalam majalah itu.

Najib sedang menghadapi cabaran yang paling besar dalam kepimpinan beliau dan juga risiko tuduhan jenayah, kata Wright.

No comments:

Posting Terkini