Pages

Thursday, March 26, 2015

Wanita dibunuh selepas lihat kejadian bunuh



Seorang wanita tempatan berusia 40 tahun dibunuh selepas menyaksikan kejadian bunuh di hadapan sebuah pusat karaoke di Jalan PJS 8/13 di Sungai Way, dekat ibunegara awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Azmi Abu Kassim berkata dalam kejadian kira-kira 1.25 pagi itu, tiga suspek lelaki pada mulanya menyerang seorang lelaki warga Indonesia berusia 34 tahun.

"Mereka menggunakan parang dan rantai untuk menyerang mangsa di kaki lima sehingga mati, dan ketika itu wanita tersebut melihat kejadian berkenaan.

"Wanita itu turut dibunuh," kata Azmi ketika dihubungi.

Beliau berkata siasatan awal mendapati motif kejadian dipercayai menjurus kepada dendam terhadap pemuda Indonesia itu.

Katanya, kedua-dua mayat berkenaan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

- Bernama

No comments:

Posting Terkini