Pages

Thursday, February 5, 2015

Banjir: 213 Orang Masih Ditempatkan Di Tiga Pusat Pemindahan Sarawak



KUCHING, 5 Feb -- Seramai 213 mangsa masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir di Sarawak pagi ini, jumlah yang sama sejak malam tadi.

Daripada jumlah itu, serama 161 orang ditempatkan di dua pusat pemindahan di bahagian Betong manakala 52 orang lagi di sebuah pusat pemindahan di Sibu.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Negeri (MKN) Sarawak berkata banyak kawasan di bahagian Betong masih digenangi air ekoran fenomena air pasang besar yang mengakibatkan air sungai melimpah.


Beliau berkata keadaan tidak banyak berubah apabila beberapa tempat di bahagian itu masih mengalami hujan sekali sekala, dan beberapa kawasan rendah turut bertakung.

Menurutnya cuaca di Sibu semakin baik pagi ini dan lebih ramai mangsa dijangka pulang ke rumah masing-masing hari ini.

Beliau tidak menolak kemungkinan pusat pemindahan di bahagian itu ditutup hari ini.

Lapan sekolah masih ditutup di beberapa tempat seperti Sibu, Mukah, Selangau dan Dalat.

-- BERNAMA

No comments:

Posting Terkini