Pages

Sunday, January 4, 2015

MBI keluar surat tuntutan semula wang pampasan RM2.6 juta esok


KUALA LUMPUR: Perbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) akan mengeluarkan surat yang meminta lapan bekas pegawainya memulangkan semula bayaran pampasan sebanyak RM2.6 juta, esok (Isnin).

"Surat itu akan dihantar esok," kata seorang pegawainya ketika dihubungi hari ini, sambil mengesahkan perkara tersebut.

Susulan penerimaan surat tersebut, kesemua bekas pegawai terbabit perlu mengembalikan wang pampasan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat berkenaan dikeluarkan.

Semalam, Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali telah meminta lapan bekas pegawai bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahimmemulangkan semula wang pampasan berjumlah RM2.6 juta yang telah dibayar kepada mereka.

MenurutBernama, beliau mendakwa pembayaran wang pampasan itu sebelum ini tidak mengikut prosedur serta melanggar peraturan kewangan.

Terdahulu, lapan pegawai kontrak bekas menteri besar yang dilantik MBI, dilaporkan menerima bayaran pampasan kerja bernilai RM2.6 juta.

Pembayaran itu dikatakan telah dibuat pada penghujung tempoh perkhidmatan Abdul Khalid sebelum Mohamed Azmin mengambil alih jawatan menteri besar berkuat kuasa 23 Sept lepas.

Bagaimanapun Azmin memaklumkan akan tetap membayar lapan bekas pegawai MBI itu dengan bayaran pampasan mengikut jumlah yang bersesuaian.

Usaha untuk menghubungi Abdul Khalid bagi mendapatkan ulasan berhubung perkara ini tidak berhasil.

1 comment:

Anonymous said...

Yg gaji singgit tp claim byk byk byk....x kene?

Posting Terkini