Pages

Sunday, November 3, 2013

N20 Sungai Limau: Warga emas diingat jangan serah MyKad



BN dilihat semakin terdesak apabila mengarahkan petugas-petugas mereka mengawal rumah setiap pengundi dalam kalangan warga emas supaya jentera PAS tidak dapat menemui mereka. 

Perkara itu ditemui oleh Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff diiringi petugas jentera Jerai, Ummi dan jentera Muslimat PAS Negeri Sembilan, Zaleha Md Said yang menjalankan kempen di kubu tegar BN, UPU Dulang Besar. 

Ketika mengadakan ziarah warga emas yang sedang sakit, jentera BN yang terdiri empat orang lelaki itu hanya dua orang sahaja berada dalam rumah manakala dua orang lagi berada di luar. 

Bagaimanapun, dua orang jentera BN itu masuk ke dalam rumah apabila dua orang jentera Muslimat PAS masuk ke dalam rumah berkenaan. 

Empat orang jentera BN yang mengawal rumah warga emas tersebut mengaku datang dari BN kawasan Baling dan bertugas di Tabung Haji.

PRK Sungai Limau: Penyokong Umno BN sebar SMS palsu


Sehubungan itu, Zailah mengingatkan seluruh pengundi wanita khususnya warga emas supaya tidak menyerahkan Kad Pengenalan (MyKad) kepada mana-mana petugas BN yang datang ketika merayu undi. 


Katanya, jika Kad Pengenalan diserahkan kepada petugas BN sudah pasti Kad Pengenalan tersebut tidak akan dipulangkan dan pengundi tidak boleh membuang undi. 

Zailah berkata demikian ketika menemui pengundi warga emas yang lain di kampung tersebut.

No comments:

Posting Terkini