Pages

Sunday, July 21, 2013

Harga ayam: Tiada kompromi bermula 26 Julai

Harga ayam


BESUT - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak akan berkompromi dengan para peniaga yang enggan mematuhi ketetapan harga ayam standard RM7.70 sen sekilogram ber mula 26 Julai ini.
Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, mulai ketetapan kadar harga yang berkuatkuasa 26 Julai ini, tiada mana-mana peniaga yang boleh dengan sesuka hati mengenakan harga lebih tinggi.


Beliau turut memberi amaran kepada para peniaga 20 barang kawalan lain sebaik bermulanya tarikh kuatkuasa harga itu yang dilaksanakan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa selama 17 hari.
“Kita dah beritahu harga ayam yang ditetapkan adalah RM7.70 sen sekilogram mulai 26 Julai ini tapi kalau peniaga sengaja naikkan lagi harga itu selepas tarikh itu, kita tak boleh lagi bertolak ansur,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Gotong Royong dan Ramah Mesra di pekarangan Masjid Al-Jaumhuriah dekat Kuala Besut hari ini.

No comments:

Posting Terkini