Pages

Friday, March 8, 2013

‘Ops Tayang’ kempen penerangan tahap keselamatan


Ops Tayang Lahad Datu Semporna Sabah
SEMPORNA — Pasukan keselamatan hari ini menjalankan operasi khas ”Ops Tayang” untuk memberi penerangan kepada masyarakat mengenai tahap kawalan keselamatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa di sekitar daerah Semporna.
Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Supritendan Mohd. Firdaus Francis Abdullah berkata, melalui ”Ops Tayang”, taklimat ringkas akan diberikan kepada penduduk di kawasan pekan dan beberapa kampung di daerah Semporna.
"Operasi ini kita tumpukan di kawasan kampung, pekan dan perairan di daerah ini, ia bertujuan memberikan kefahaman kepada penduduk bahawa kawasan di Semporna adalah selamat dan terkawal,” katanya.

Operasi itu disertai polis dari Ibu Pejabat Daerah Semporna, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 dan pasukan VAT 69 Bukit Aman, katanya.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak panik dengan insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu sejak 9 Februari lalu dan sentiasa mendapatkan maklumat dari pihak polis bagi mengelakkan penyebaran khabar angin.
Mohd. Firdaus turut menafikan pihaknya mengeluarkan perintah berkurung kepada penduduk tempatan, sebaliknya memberitahu penduduk boleh menjalankan urusan harian seperti biasa. — BERNAMA

No comments:

Posting Terkini