Pages

Wednesday, January 9, 2013

Sultan Selangor larang orang bukan Islam guna kalimah Allah


anak Sultan Selangor
PETALING JAYA: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, mengeluarkan arahan bahawa orang bukan Islam di negeri itu tidak boleh menggunakan kalimah 'Allah', menurut laporan sebuah laman berita, semalam.
Portal berita Free Malaysia Today (FMT) semalam memetik Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Misri Idris, sebagai berkata sultan mengeluarkan kenyataan yang sama dua tahun lalu apabila isu ini pertama kali dibangkitkan.
"Namun Tuanku amat kesal kerana titah baginda tersebut dipandang ringan oleh sesetengah pihak sehingga isu yang sama dibangkitkan semula.
"Sultan Selangor membuat ketetapan dan menitahkan dengan tegas bahawa kalimah Allah merupakan kalimah suci khusus bagi orang Islam, tidak boleh sama sekali digunakan di Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam lain sebagaimana yang difatwa dan diwarta pada 18 Februari 2010," katanya.

Sultan Selangor itu membuat kenyataan tersebut pada Ahad lalu dalam satu mesyuarat beliau dengan Mais.
Kontroversi berkaitan kalimah Allah timbul semula berikutan gesaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Encik Lim Guan Eng, yang mengusulkan agar kalimah 'Allah' digunakan oleh semua pihak dalam perutusan hari Krismasnya bulan lalu, kata laporan itu.
Menurut Datuk Misri, Sultan Sharafuddin juga terkejut dan kesal dengan kenyataan Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) itu.
Beliau menegaskan bahawa Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988, yang digubal pada April 1988 dan dikuatkuasakan sejak Julai 1988, melarang penggunaan kalimah Allah.
Namun, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR), termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, semalam mencapai pendirian bahawa kalimah 'Allah' boleh digunakan oleh penganut Kristian, dengan syarat ia tidak disalahgunakan.

3 comments:

Anonymous said...

Woiiii Sultan SElangor,
LOu betoi2 lahirkan BERUK yang tak takut pada kalimah ALLAH la.
Lihat lu punya keturunan BERUK tu...
Berciaum...berpeluk....menonggang air kencing syaitan. Lu punya keturunan tak ubah macam BERUK la. Sebab hanya BERUK saja yang tak takut pada ALLAH.

Anonymous said...

Dimanakah penasehat agama kepada Sultan kenapa biarkan orang yang tidak pakar dalam bidang Agama membuat kenyataan jangan libatkan Tuanku Sultan kekancah politik dan sebagai ketua Agama Islam sepatutnya JAIS yang berperanan meyelesaikan isue besar seperti ini Tuanku sebagai Ketua Agama boleh beri nasehat dan bukannya beri kata dua seperti mana rakyat yang bukan beragama Islam bukanlah rakyat baginda dinegeri ini,bawalah muzakarah sesama agama bagi mencari jalan penyelesaian secara hemah, usahlah libatkan ahli-ahli politik mengambil tempat semacam ini untuk mendapat pengaruh diri, lagi banyak Sultan bercakap lagi besar cerita buruk akan dibangkitkan oleh musuh-musuh islam terutama tentang diri sultan sendiri, apakah dengan undang-undang dan kuasa yang kita ada boleh menutup mulut dan suara rakyat dari bercakap?.Ambillah iktibar dari apa yang telah berlaku dan sedang berlaku diserata dunia hari, wahai pemimpin-pemimpin dan raja-raja dan sultan-sultan sebelum lebih buruk terjadi.

Anonymous said...

confirm ke beruk tak takut pada allah, bro??? cakap guna otak sikit..sedangkan binatang lain boleh tunduk hormat pada nabi..inikan Allah s.w.t yang Maha Kuasa..nak marah sultan tu marah la..tapi jangan awak jugak yang terikut-ikut membuat dosa dah la..

Posting Terkini