Pages

Thursday, December 6, 2012

Keputusan mahkamah sangat tidak adil – Keluarga Aminulrasyid


 JUSTICE FOR Aminulrasyid Amzah
KUALA LUMPUR 5 Dis: “Keputusan mahkamah memang sangat tidak adil kepada pihak kami,” kata Azura Amzah, kakak kepada Aminulrasyid Amzah, 15, yang ditembak mati anggota polis dua tahun lalu.
Keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini yang membebaskan tertuduh, Koperal Jenain Subi daripada tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid.
Semasa mahkamah mengumumkan keputusan itu pagi tadi, Azura dan keluarganya tidak ke mahkamah, tetapi mengikuti perkembangan melalui internet.

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebi memutuskan keputusan tersebut selepas menerima rayuan Jenain, 49, terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen di sini pada September tahun lepas.
Pada 13 September tahun lepas, Hakim Latifah Mohd Tahar menjatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas mendapati Jenain bersalah melakukan kesalahan itu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, Shah Alam antara 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April 2010.
Jenain didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, mahkamah tanpa adil membebaskannya hari ini.
Berhubung keputusan tersebut, Azura berkata, keluarganya akan berbincang mengenai tindakan selepas itu bersama peguam.
“Kami akan bincang balik dengan peguam kami untuk tindakan seterusnya,” katanya dipetik Malaysian Insider.

No comments:

Posting Terkini