Pages

Thursday, October 18, 2012

Polis serbu rumah dan pejabat abang presiden Korea Selatan


Presiden Korea Selatan, Encik Lee Myung-Bak
SEOUL: Pasukan penyiasat semalam menyerbu rumah dan pejabat abang sulung Presiden Korea Selatan, Encik Lee Myung-Bak, sebagai sebahagian daripada siasatan berhubung dakwaan rasuah yang melibatkan pembinaan rumah persaraan presiden itu.
Serbuan tersebut dilakukan sehari selepas pihak pendakwaan memohon kepada mahkamah agar melarang satu-satunya anak Encik Lee, Encik Lee Si-Hyung, dan 10 individu yang mempunyai kaitan dengan projek pembinaan kediaman yang terbengkalai itu daripada meninggalkan Korea Selatan.
Agensi berita Yonhap melaporkan bahawa serbuan dibuat ke atas rumah Encik Lee Sang-Eun, di timur Seoul, dan pejabatnya iaitu pengeluar kerusi auto, DAS, di barat daya Gyeongju.
Encik Lee Sang-Eun merupakan pengerusi syarikat itu.
Dapatkan Buku "Setan, Syaitan Sultan" karya S.H. Alattas di sini.

Kontroversi tercetus apabila Encik Lee Si-Hyung dan sebuah syarikat perkhidmatan keselamatan presiden membeli satu lot tanah di selatan Seoul.
Selain menempatkan kediaman presiden yang dijangka mengakhiri perkhidmatannya awal tahun depan, kawasan itu bakal menempatkan kemudahan bagi anggota keselamatannya.
Namun, kos pembelian itu didakwa tidak dikongsi sama rata, dengan syarikat perkhidmatan keselamatan membayar harga yang terlalu tinggi.
Anak Encik Lee pula dikatakan membayar kos di bawah harga pasaran.
Encik Lee Sang-Eun dilaporkan telah meminjamkan wang sebanyak 600 juta won ($661,407) kepada anak saudaranya itu untuk pembelian lot tanah berkenaan.
Rumah Biru menafikan dakwaan pihak pembangkang tentang berlakunya penipuan kewangan dalam pembelian tersebut.
Namun, ekoran kecaman yang diterima, Encik Lee telah membatalkan projek pembinaan rumah itu dan memutuskan akan berpindah ke kediaman peribadinya sekarang di selatan Seoul selepas beliau berundur daripada jawatan presiden nanti. - AFP.

No comments:

Posting Terkini