Pages

Friday, October 19, 2012

Gas bocor: Warga Kuwait diarah usah keluar rumah


BANDAR KUWAIT: Pegawai Kesihatan telah memberi amaran supaya rakyat Kuwait tinggal di rumah dan menutup semua pintu dan tingkap berikutan terdapat kesan kebocoran gas toksik dari tangki minyak di utara Bandar Kuwait.
Para penduduk di kawasan sejauh 100 kilometer dilaporkan terbau seperti telur busuk yang dipercayai berpunca daripada racun gas hidrogen sulfida.
Kuwait Oil Co (KOC) berkata bahawa pihaknya sudahpun membakar telaga di medan minyak terbesar di Rawdatin berhampiran dengan sempadan Iraq, sekali gus berjaya mengurangkan kadar kebocoran.
Pengerusi KOC, Encik Sami al-Rasheed, berkata bahawa stesen televisyen pemantau di seluruh negara mendapati kepekatan hidrogen sulfida berada di bawah paras bahaya.

Kebocoran minyak dan gas berlaku pada sebelah petang kelmarin kerana tekanan minyak mentah yang sangat tinggi, namun insiden tersebut tidak menyebabkan kecederaan, kata KOC semalam. - AFP.

No comments:

Posting Terkini