Pages

Monday, October 1, 2012

Enam terbunuh dalam serangan di selatan Thai


BANGKOK: Serangan bom dan tembakan di kawasan selatan Thailand yang bergelora menyebabkan enam orang terbunuh dan 27 orang cedera, menurut pihak polis negara itu semalam.
Lima orang ditembak mati dan lebih 20 cedera dalam beberapa kejadian di tiga wilayah selatan Thailand, yang mempunyai majoriti penduduk Islam, kelmarin.
Di Pattani, seorang lelaki bersenjata tidak dikenali menembak mati seorang anggota polis Muslim, seorang lelaki penganut Buddha berusia 74 tahun dan sukarelawan keselamatan Muslim dalam serangan berbeza.
Insiden tembakan turut berlaku di Yala dan Narathiwat.
Pemberontakan rumit bagi menuntut lebih banyak kuasa autonomi melanda kawasan selatan Thailand sejak 2004.

Sejak itu, lebih 5,300 penganut Islam dan Buddha telah terkorban, dengan serangan bom dan tembakan berlaku hampir setiap hari. - AFP.

No comments:

Posting Terkini