Pages

Friday, September 7, 2012

Aturan baru Manila mungkin jejas bekalan amah ke M'sia


Pembantu rumah indonesia rais yatim
Kempunan aku nak cuba awet Filipina. 
Minah Indon dah aku dah test
Malaysia mungkin menghadapi kekurangan pembantu rumah Filipina lebih meruncing apabila Kedutaan Filipina di sana mengetatkan peraturan bagi agensi baru yang membawa masuk pembantu rumah dari negara itu ke Malaysia tidak lama lagi, menurut satu laporan akhbar The Star semalam.
Laporan itu berkata perubahan tersebut dibuat menyusuli keputusan pemerintah Filipina pada minggu lalu mengurangkan jumlah warganya menjadi pembantu rumah di luar negara
Sumber-sumber industri memberitahu The Star bahawa Kedutaan Filipina tidak akan meluluskan agensi baru yang mengambil pembantu rumah dari negara itu.
Bagaimanapun, atase buruh kedutaan itu, Dr Alicia Santos, berkata pentauliahan bagi agensi baru itu belum dihentikan tetapi prosesnya tidak semudah dulu.

"Tidak semua yang memohon akan mendapat sokongan. Kami lebih ketat dalam memastikan agensi mematuhi semua keperluan dan syarat," jelasnya.
Dr Santos berkata agensi sekarang boleh terus beroperasi tetapi pihak kedutaan sedang menjalankan penilaian teliti ke atas mereka.
Dr Santos berkata perbincangan mengenai satu moratorium juga sedang diadakan tetapi belum membuahkan hasil muktamad.
Minggu lalu, Manila mengarahkan Agensi Pekerjaan Luar Negaranya supaya mengurangkan jumlah warga Filipina yang diambil sebagai pembantu rumah secara bertahap-tahap sepanjang lima tahun akan datang bagi melindungi mereka daripada dianiaya.
Rancangan pengurangan bertahap- tahap itu akan menjejas kira-kira 180 negara di mana warga Filipina itu bekerja sebagai pembantu rumah atau penjaga kanak-kanak.
Bagaimanapun, Manila berkata ia mungkin membenarkan warganya bekerja di beberapa kawasan di Eropah yang menawarkan gaji lebih tinggi bagi pembantu rumah.
Gaji minimum bagi pembantu rumah Filipina di Malaysia, yang kini meningkat daripada 4,000 orang pada 2009 kepada sekitar 10,000 orang sekarang, ditetapkan pada kadar AS$400 atau RM1,240 sebulan berbanding dengan antara RM600 dengan RM800 bagi pembantu rumah Indonesia di Malaysia.

No comments:

Posting Terkini