WASHINGTON: Amerika Syarikat tidak yakin Israel telah membuat keputusan sama ada akan menyerang Iran berhubung program nuklear Teheran, kata Setiausaha Pertahanan Amerika, Encik Leon Panetta, kelmarin, berikutan retorik keras para pegawai Israel yang mengakibatkan pasaran-pasaran kewangan gementar.
Encik Panetta yang berkunjung ke Israel dua minggu lalu memberitahu para wartawan di Pentagon, adalah penting bahawa tindakan ketenteraan menjadi "pilihan terakhir" dan berkata bahawa tekanan sekatan dan diplomatik harus diberi waktu dan peluang. - Reuters.
No comments:
Post a Comment