Pages

Thursday, June 21, 2012

Mubarak diserang angin ahmar

KAHIRAH: Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan selepas mengalami serangan angin ahmar semasa dalam tahanan di penjara.
Sumber pasukan perubatan dan tentera menafikan Encik Mubarak, 84 tahun, telah meninggal dunia.
Tahap kesihatan yang tidak menentu pemimpin yang digulingkan itu dilaporkan di tengah-tengah ketegangan terbaru di negara berkenaan, dengan kedua-dua calon presiden mendakwa memperoleh kemenangan dan pemerintah tentera pula dikatakan mendapat mandat baru.
"Mubarak tidak mati. Dia dalam koma dan doktor masih cuba menyelamatkannya," menurut seorang sumber perubatan.

Awal dari itu, agensi berita rasmi Mena bagaimanapun melaporkan Mubarak telah diisytiharkan sebagai sudah "meninggal dunia" selepas diserang strok dalam penjara.
"Sumber-sumber perubatan memaklumkan Mena, jantungMubarak sudah berhenti berdenyut dan dia tidak memberi sebarang respons terhadap rawatan defibrilasi (alat yang digunakan bagi tujuan memulihkan denyutan jantung seseorang)," lapor Mena.
Seorang sumber keselamatan berkata, isteri Encik Mubarak, Cik Suzanne, kini berada di hospital di samping suaminya.
Encik Mubarak telah dibawa ke penjara Kahirah pada 2 Jun lalu selepas mahkamah menjatuhi hukuman penjara seumur hidup ke atasnya.
Beliau telah didapati bersalah terlibat dalam pembunuhan para penunjuk perasaan semasa pemberontakan rakyat pada 2011 yang menyebabkan penggulingannya.
Kesihatan Encik Mubarak semakin merosot selepas beliau dipindahkan ke penjara itu, dengan para doktor dilaporkan melakukan rawatan defibrilasi dua kali awal bulan ini.
Sebelum ini, terdapat juga laporan yang berkata Encik Mubarak mengalami kemurungan, tekanan darah tinggi dan sesak nafas.
Anggota keluarganya, termasuk dua anak lelakinya, Gamal dan Alaa, yang kini ditahan atas tuduhan rasuah, telah mengemukakan permohonan rasmi agar Encik Mubarak dipindahkan ke hospital.
Namun, tindakan itu dikhuatiri akan mencetuskan kemarahan rakyat Mesir yang sebelum ini tidak berpuas hati kerana Encik Mubarak tidak dikenakan hukuman mati oleh mahkamah.
"Ini balasan Tuhan. Tuhan tidak akan memaafkan mereka yang telah melakukan kesalahan ke atas rakyatnya. Tuhan tidak akan memaafkan mereka yang membunuh golongan yang tidak bersalah," kata seorang rakyat Mesir, Encik Saber Amr.
Bagaimanapun, seorang lagi penduduk, Encik Abdel Mottaleb, berkata Encik Mubarak patut dimaafkan.
"Kita semua orang Islam. Tuhan saja yang layak menghukumnya," katanya. - AFP.
Malvina 
Biasan Rindu: Biasan - 

Pelakon Sexy Diperlu - 
Harap Muhyiddin Tidak Bacul. Sila Tunjuk Kejantananmu - 

Golongan yang didoakan malaikat - 
Biasan Rindu: Di Sana Menanti Di Sini Menunggu -
WWW 15: Percuma untuk Dato Seri Liow Tiong Lai, JPJ kehilangan hasil 
Banyak sangat janji PKR ni, bolih percaya ke?? 
Haramjadah punya Cina, dasar PENIPU! 

No comments:

Posting Terkini