Pages

Saturday, June 23, 2012

Ku Li: BN perlu menang untuk teruskan pembangunan

Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah meminta rakyat memberi kemenangan kepada BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 untuk membolehkan kerajaan meneruskan agenda pembangunan negara dengan lebih pesat dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Justeru, beliau meminta mereka menilai kemajuan dan pembangunan yang dinikmati kini hasil pemerintahan kerajaan BN.

"Kemenangan pada PRU-13 itu terletak di tangan rakyat untuk membuat keputusan, tetapi saya percaya rakyat akan membuat penilaian dan menentukan keputusan terbaik kepada kerajaan sedia ada," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Paloh 3 di Gua Musang hari ini.
Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri Galas Ab Aziz Yusof.

Tengku Razaleigh, yang juga Ketua Umno bahagian, berkata rakyat perlu memahami perjuangan sebenar kerajaan sekarang yang lebih banyak membantu mereka menikmati pelbagai kemajuan, termasuk dalam bidang pendidikan.

Beliau berkata kawasan Parlimen Gua Musang juga sudah menikmati banyak projek pembangunan, termasuk beberapa sekolah menerima bangunan baru yang serba lengkap dan selesa untuk pelajar.

- Bernama

Nasib engkaulah Rosmah - 
Kepada Semua Sultan Di Malaysia, Tolong Jawab Satu Soalan. - 
Tan Sri Muhyiddin Yassin meroyan lagi - 
Malvina ~
Biasan Rindu: Biasan -
Beberapa wakil rakyat dan pemimpin BN Sabah dijangka sertai Pakatan petang ini - 
Pelakon Sexy Diperlu -
Harap Muhyiddin Tidak Bacul. Sila Tunjuk Kejantananmu

No comments:

Posting Terkini