Pages

Friday, June 15, 2012

Anwar perlu jawab sendiri dakwaan miliki RM3b

Tuduhan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa memiliki aset dan wang tunai sehingga RM3 bilion perlu dijawabnya sendiri kerana ia melibatkan dirinya dan tiada kena mengena dengan orang lain, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata demikian sewaktu memberi maklum balas terhadap cabaran Anwar supaya beliau mendedahkan semua akaun bank dan asetnya jika mahu Anwar berbuat demikian.

"Tiada kena mengena dengan saya. Yang ini tuduhan satu NGO yang berkata timbalan gabenor Bank Negara buat tuntutan Anwar ada begini-begini (sekian jumlah aset).
"Maka dia kena buat penjelasanlah. Apa pula saya? Saya cumaquote sahaja, kenapa pula saya kena dedah (akaun)?

"Saya punya duit apa (sangat) yang ada," kata Muhyiddin kepada pemberita selepas majlis lawatan kerjanya di Sungai Besi petang tadi.

Popular Posts

No comments:

Posting Terkini