Pages

Friday, June 15, 2012

AirAsia 'lega' penggabungan dengan MAS tak berjaya

Bos AirAsia Tony Fernandes berkata, kegagalan penggabungan dengan Malaysia Airlines (MAS) melegakan kerana ia membolehkannya memfokuskan kepada industri penerbangan murah yang berkembang pesat.

Katanya, bantahan besar kesatuan sekerja MAS memberikan maksud syarikat itu mempunyai masalah mendalam untuk diselesaikan.

azlan"Saya tidak lagi ambil pil darah tinggi apabila rancangan pertukaran saham tidak diteruskan," katanya kepada The Edge, seperti dipetikAFP.

Ulasannya muncul dua hari selepasAirAsiamengumumkan penubuhan pusat perancangan strategik di Indonesia, jauh daripada pejabatnya di Malaysia, dengan Fernandes dijangka mengepalai pengembangan operasi serantau di sana.

Ogos tahun lalu AirAsia bersetuju membeli 20.5 peratus MAS bawah penggabungan strategik.

Bagaimanapun ia tidak diteruskan atas bantahan hebat kesatuan sekerja yang bimbang terdapat kakitangan kehilangan kerja dalam usaha mengurangkan kos.

Popular Posts

No comments:

Posting Terkini