Pages

Wednesday, May 30, 2012

Tengku Mahkota Johor pertahan tindakan Sultan beli plat kereta WWW 1

KUALA LUMPUR: Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris, malam kelmarin, menerusi laman Twitternya, mempertahankan tindakan ayah beliau membeli plat lesen kenderaan 'WWW 1' yang menjadi rebutan ramai dengan tawaran harga RM520,000 sambil berkata keluarga diraja itu tidak pernah menggunakan wang rakyat bagi perbelanjaan peribadi mereka.
"Keluarga Diraja Johor tidak pernah mengambil apa-apa wang daripada kerajaan. Sejak masa Almarhum Sultan Ibrahim. Sila bertanyakan MB (Menteri Besar) atau sebarang pegawai kerajaan.

"Wang yang diagih kepada ayah saya dan saya setiap bulan sebagai Sultan dan Tunku Mahkota disalur ke dalam Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim. Tujuan yayasan-yayasan ini adalah bagi rakyat dan bagi membantu kerajaan Negeri Johor," kata Tunku Ismail dalam pesanan Twitternya itu yang dipetik laman The Malaysian Insider (TMI), semalam.
"Saya sendiri, sejak masa saya bergelar Raja Muda, tidak pernah mengambil satu sen daripada kerajaan sehingga hari Ini.
"Ia duit rakyat saya. Jadi, sebelum anda membuka mulut, buatlah kajian anda (terdahulu)," tegas Tengku Mahkota Johor itu dalam akaun Twitternya, @HRHJohor2, semasa menjawab kritikan Ahli Parlimen (AP) Bukit Gantang dari Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Perbelanjaan keluarga diraja Johor itu ditonjolkan selepas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar, didedahkan sebagai individu yang mengatasi sekitar 10,000 pembida, termasuk Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, memenangi tender plat kenderaan itu, kelmarin.
Jumlah bidaan itu mengatasi rekod bidaan bagi plat 'MCA 1' pada 2010, yang dibeli dengan harga RM300,100.
Datuk Seri Mohammad Nizar, menerusi akaun Twitternya, kelmarin, berkata Sultan Johor itu sebaliknya boleh menggunakan wang itu bagi membantu golongan Melayu miskin di negeri itu membeli rumah.
Kenali Rupa Bentuk Puki Yang Pandai Bercakap -
Dirgahayu Dr. Mahathir: A Samad Said Menjulang Mahathir
Wanita Paling Seksi Di Dunia 2012
 
Facebook antara punca perceraian -


Aishwarya Rai hilang daya penarik -
Kesihatan Tun Dr. Mahathir kritikal, rakyat diminta doakan Tun kembali pulih -
Pakatan Rakyat guna satu manifesto untuk PRU13 -
Kerajaan Umno BN ajar rakyat berperang -
Malam Jumaat: TAKING A WOMAN TO BED - 

No comments:

Posting Terkini