Pages

Sunday, May 27, 2012

Seks dari pandangan Islam

"Di antara kamu akulah yang paling takut kepada Allah, tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku salat dan tidur, dan aku beristeri. Orang yang menafikan sunnahku itu bukanlah daripada golonganku." - Maksud hadis riwayat Bukhari dan periwayat yang lain.
PERIHAL mengawal hubungan seks sering diperingatkan dalam al-Quran. Allah swt telah membinasakan umat Nabi Lut as kerana tabiat seks sumbang. Namun, Nabi Muhammad saw mengingatkan kaum lelaki agar beristeri demi menikmati seks halal. Orang yang hidup tanpa isteri dianggap tidak menurut sunnah (ajaran) Nabi saw.
Mengapakah Islam menyuruh hubungan seks secara terkawal iaitu menerusi pernikahan? Hari ini pula, terbit penyakit Aids (sindrom kurang daya melawan penyakit) yang disebarkan menerusi hubungan seks, pemindahan darah dan penggunaan suntikan. Tentulah ada hikmah di sebalik wujudnya Aids - sebagai suatu peringatan kepada kita agar betul-betul waspada akan zina atau pelacuran dan penagihan dadah.

Dalam laporan Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef), perhambaan seks berlaku di negara-negara miskin, yang antaranya penduduk majoritinya Islam. Sering soal kemiskinan dianggap punca anak perempuan di jual kepada rangkaian pelacuran. Namun di negara maju, hubungan seks tanpa batas juga berlaku. Seks bebas bukan saja sebagai bahan niaga yang mudah mendatangkan keuntungan besar, malah ada yang menjadikannya sebagai hobi dalam bertukar-tukar pasangan, sebagaimana diakui beberapa gadis Bohsia di Malaysia.
Bagi umat Islam, imejnya akan terhina apabila masalah seks bebas ini semakin berkembang dan membabitkan ramai orang.
* BENCANA SILAM
Masalah seks sebenarnya bukanlah masalah baru. Ia masalah kuno yang sudah berakar dari mulai manusia ini diciptakan, cuma manusia yang menyalahgunakan masalah seks ini ke arah negatif. Kalau kita merujuk kepada agama Samawi, seperti Yahudi, Nasrani dan Islam juga agama besar lainnya tidak satu pun ajaran ini yang membenarkan kebebasan seks. Kerosakan moral dalam pandangan Islam lebih banyak terarah kepada masalah seks, walaupun Islam sangat memandang berat masalah lain seperti judi, riba, penganiayaan dan lain-lain.
Namun, kesan daripada kebebasan seks jauh lebih berbahaya. Kita mesti mengakui banyak terjadi kebocoran rahsia negara disebabkan oleh masalah seks. Firaun hancur disebabkan masalah seks, Napoleon runtuh berpunca daripada seks, Nazi hancur kerana skandal seks, raja-raja Islam hilang kuasanya kerana mainan wanita. Dan banyak lagi hal serupa yang difirmankan Allah dalam al-Quran. Seks bebas bukan saja menghancurkan penyakit dan virus berbahaya yang sulit disembuhkan.
* PERANAN IBU BAPA
Islam sebagai agama yang sempurna dan memberi asas kepada pelbagai huraian masalah yang muncul. Sejak manusia hidup di bumi, orang tua diarahkan oleh Islam agar memelihara anak-anaknya daripada penyalahgunaan seks. Orang tua dituntut mendidik anaknya ke arah yang positif, termasuk memberikan tuntutan seks yang benar, sebab itu masalah seks yang terjadi antara ayah dengan ibu tidak boleh diketahui dan dilihat oleh mereka.
Ibu bapa mestilah bersifat terbuka kepada anak-anak dan diwajibkan menjelaskan masalah seks ini secara benar agar mereka boleh menyalurkannya menurut tuntutan yang ditentukan Islam. Masyarakat Islam mestilah memahami bahawa masalah seks mempunyai nilai yang suci dan tinggi dalam Islam. Islam menghormati seks sebagai suatu hak asasi yang mesti disalurkan, tetapi penyaluran itu hendaklah mengikut undang-undang yang sudah ditetapkan oleh Allah.
Perkahwinan yang betul adalah penyaluran yang sangat patut dan sesuai untuk umat manusia. Dengan perkahwinan yang didasari oleh falsafah yang tinggi, penyaluran seks secara benar dapat terlaksana. Apabila umat Islam mengerti tuntutan agamanya yang berkaitan dengan seks, maka seks itu akan mempunyai nilai yang tinggi, manusia akan mendapatkan kepuasan yang paling puncak, sehingga tidak akan muncul suatu pemikiran yang negatif di kalangan umat Islam untuk manyalurkan nafsunya.
* POLIGAMI
Barangkali seseorang lelaki ada yang mempunyai nafsu yang tinggi, yang memerlukan penyaluran yang lebih. Allah juga membuka jalan untuk berpoligami, asal sesuai dengan asas dan falsafah poligami yang ditentukan Allah:
"Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap hak-hak perempuan yatim (bila mana kamu mengahwininya), maka kahwinlah wanita lain yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang saja atau hamba yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih kepada tidak berbuat aniaya." (An-Nisa':3)
Islam memberi peluang yang sangat romantis dalam penyaluran seks ini. Hal ini bertujuan agar moral manusia sentiasa terpelihara.
Ini pulalah yang membezakan manusia dengan binatang. - (al-Quran, S.7:179).
Tiada agama di dunia yang lebih tegas mengakui keinginan semula jadi manusia sebagai keinginan yang sihat dan bersih.
"Manusia digemarkan dengan kecintaan memuaskan keinginan kepada wanita, anak-anak, harta yang banyak dari emas, perak, kuda pilihan, ternakan dan sawah ladang. Itulah keseronokan hidup di dunia dan di sisi Allah tempat kembali yang baik." - (Surah Ali Imran:14).
Dalam ayat ini Allah menyebutkan seluruh kegiatan hidup yang menyeronokkan dan mengakuinya sebagai keinginan yang realistik dan digemari manusia atau sebagai keinginan yang sihat yang pada dasarnya tidak di sangkal dan dikecam sama sekali. Yang tidak diizinkan Islam ialah hanyutnya manusia dalam arus keinginan itu, sehingga mereka terkongkong menjadi hambanya.
Kenali Rupa Bentuk Puki Yang Pandai Bercakap -
Dirgahayu Dr. Mahathir: A Samad Said Menjulang Mahathir
Wanita Paling Seksi Di Dunia 2012
 
Facebook antara punca perceraian -


Aishwarya Rai hilang daya penarik -
Kesihatan Tun Dr. Mahathir kritikal, rakyat diminta doakan Tun kembali pulih -
Pakatan Rakyat guna satu manifesto untuk PRU13 -
Kerajaan Umno BN ajar rakyat berperang -
Malam Jumaat: TAKING A WOMAN TO BED - 

No comments:

Posting Terkini