Kumpulan proreforamsi sistem pilihan raya di luar negara, BERSIH Global menyeru badan korporat menghentikan iklan dan sebarang urusan dengan media perdana disebabkan laporannya yang didakwa berat sebelah berhubung perhimpunan Sabtu lepas.
"Syarikat yang terus beriklan atau menaja badan-badan ini perlu sedar bahawa mereka akan menyokong penyelewengan dan salah lapor himpunan BERSIH 3.0.
"Ia adalah salah secara etika dan moral. Amalan ini perlu dihentikan segera jika rakyat Malaysia mahu maju dan menyelamatkan demokrasi kita daripada terus rosak," menurut kenyataan kumpulan itu.
Mengulas Hari Kebebasan Media Sedunia yang disambut semalam, kumpulan itu berpendapat kegagalan berterusan media perdana memberikan gambaran sebenar sebagai tragedi yang
perlu dihentikan.
"Skandal di sebalik penapisan berita BBC tentang himpunan Ahad lepas hanyalah secebis daripada gambaran sebenar perkara yang berlaku.
"Alasan kabur dan tidak memuaskan yang diberikan Astro dalam menapis laporan Al Jazeera dan BBC tentang BERSIH 3.0 mengkhianati kepercayaan penonton dan pelanggan," kata mereka.
BERSIH Global turut mengkritik penyelewengan media milik kerajaan dan berkaitan kerajaan yang didakwa menggunakan kaedah penapisan ala kaedah menteri propaganda Nazi Joseph Goebbels suatu ketika dahulu.
Friday, May 4, 2012
BERSIH Global seru korporat pulau media perdana
Labels:
Berita,
Bersih,
Kerajaanmalaysia,
Malaysian Politik,
media,
Polis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment