Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup selama 48 jam Dataran Merdeka - yang mahu digunakan oleh BERSIH untuk mengadakan perhimpunan bantah duduk Sabtu ini - berkuatkuasa jam 6 pagi esok.
Arahan tersebut dikeluarkan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail dalam satu kenyataan petang ini.
Berikutan itu Dataran Merdeka akan ditutup kepada orang awam, mulai jam 6 pagi Jumaat sehingga 6 pagi Ahad ini.
Menurutnya, Dataran Merdeka akan ditutup sementara kepada orang awam dalam tempoh tersebut mengikut Seksyen 65 Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Semalam Ahmad Fuad memberi amaran kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dan penyokongnya bahawa tindakan keras akan diambil jika mereka meneruskan hasrat untuk berhimpun di Dataran Merdeka pada 28 April ini.
No comments:
Post a Comment