Pages

Saturday, April 21, 2012

Bekas bendahari dihukum penjara


JAKARTA: Sebuah mahkamah Indonesia semalam menjatuhkan hukuman penjara hampir lima tahun ke atas bekas bendahari Parti Demokrat, Muhammad Nazaruddin, atas tuduhan rasuah.

Tertuduh didapati bersalah menerima rasuah bernilai 4.6 bilion rupiah ($627,572) bagi memberi kontrak kepada syarikat Duta Graha Indah bagi pembinaan Perkampungan Sukan SEA tahun lalu.

'Defendan didapati bersalah melakukan aktiviti jenayah di bawah undang-undang antirasuah. Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara empat tahun 10 bulan dan mendendanya 200 juta rupiah, yang boleh digantikan dengan lagi empat bulan penjara,' kata Hakim Darmawati Ningsih di Mahkamah Anti-Rasuah Jakarta.

Menurut Hakim Ningsih, Nazaruddin telah 'mencemarkan imej pemerintah, yang sedang berusaha menangani rasuah'.


Pihak pendakwa raya sebelum ini menuntut hukuman penjara tujuh tahun ke atas ahli politik itu yang telah melarikan diri ke luar negara pada Mei lalu.

Nazaruddin telah diekstradisi dari Colombia dengan pertolongan Interpol pada Ogos lalu.

Semasa perbicaraan, Nazaruddin mendakwa beberapa anggota parti itu turut terlibat dalam skandal rasuah yang bernilai jutaan dolar.

Antara mereka yang didakwa terlibat dengan rasuah ialah Pengerusi Parti Demokrat, Encik Anas Urbaningrum, dan Menteri Sukan, Encik Andi Mallarangeng.

Kededua mereka pernah melahirkan hasrat mahu bertanding bagi jawatan Presiden pada 2014. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini