Pages

Monday, March 5, 2012

Wanita tua dah 6 kali kahwin, masih teringin kahwin lagi



KESUNYIAN: Cik Puan Ahmad (kanan), bersama anak, cucu dan cicitnya ketika program Jalinan Mesra Bersama Warga Emas yang diadakan di rumahnya. 

ARAU: Warga tua berusia 116 tahun, Cik Puan Ahmad, yang turut dianggap sebagai wanita paling tua di Perlis, kelmarin menyuarakan isi hatinya berkahwin lagi, walaupun pernah enam kali mendirikan rumah tangga.

Cik Puan yang sebelum ini mendapat perhatian ramai kerana dikatakan berusia 16 tahun berikutan kekeliruan pada MyKadnya, mengakui sedang mencari calon bagi dijadikan teman hidup setelah menjanda lebih 30 tahun.

'Betullah tu, tok memang nak kahwin, cuma takut orang saja yang tak nak kahwin dengan tok. Depa (mereka) kata semua lelaki kahwin dengan tok mesti pi (meninggal) sebab pendek umur. Padahal, semua yang kahwin dengan tok dah memang tunggu masa nak pi.
'La (sekarang) tok tengah dok cari calon. Kalau boleh nak cari orang dekat sini saja. Bukan apa, saja nak buat peneman sebab bosan dok sorang tua-tua ni,' katanya ketika ditemui sempena program Jalinan Mesra Bersama Warga Tua yang diadakan di kediamannya di Padang Keria, dekat Sanglang, di sini.

Hasil perkongsian hidup melalui dua suami pertamanya, Cik Puan dikurniakan empat anak berusia antara 58 dan 73 tahun, selain 19 cucu dengan yang paling bongsu berusia 21 tahun, serta 47 cicit dengan usia paling tua 25 tahun.

Mengulas lanjut, Cik Puan berkata, beliau berhasrat memperoleh jodoh di kalangan lelaki lebih muda daripadanya bagi membantu melakukan kerja harian di rumah bagi mengelak bebanan terus kepada anak.

'Tok tak mahu terus membebankan anak kerana mereka juga ada tanggungjawab lain. Walaupun menetap bersama seorang anak di rumah ini, semua kerja harian tok lakukan sendiri.

'Anak tak bantah hasrat tok nak kahwin lagi jika bertemu jodoh,' katanya.

Sementara itu, dua anak lelaki Cik Puan, Teh Man, 65 dan Mat Yusop Man, 63, ketika ditanya mengenai hasrat ibu mereka mahu mendirikan rumah tangga lagi, masing-masing dilihat tersenyum.

'Kami tak pernah halang dia kahwin lagi. Dulu, dia kahwin banyak kali pun kami tidak pernah bising. Itu hak dia, sebab kami pun sedar dia bosan dan sunyi,' kata Mat Yusop. -- BMM, Metro Ahad.

No comments:

Posting Terkini