Pages

Sunday, January 22, 2012

Polis Iran tutup puluhan kedai jual patung Barbie



TEHERAN: Polis Iran kelmarin bertindak menutup berpuluh-puluh kedai yang menjual patung Barbie sebagai sebahagian daripada usaha menyekat budaya Barat.

Agensi berita Mehr melaporkan, polis merampas patung-patung Barbie itu kerana etika pemakaiannya, yang mengenakan pakaian renang dan skirt pendek, sedangkan wanita di negara ini perlu memakai tudung.

Larangan penjualan patung Barbie telah dikuatkuasakan di Iran sejak pertengahan 1990-an.

Agensi Mehr melaporkan, pihak berkuasa merampas patung Barbie di kedai-kedai Teheran dalam 'fasa terbaru' kempen larangan berkenaan.
~ Kerajaan Rakyat (Facebook)


Pihak berkuasa mula merampas patung Barbie dari kedai-kedai setempat pada 2001. Namun, kempen itu kemudian dihentikan.

Pada tahun itu, Iran telah memperkenalkan patungnya sendiri - kembar Dara dan Sara - yang bertujuan menggalakkan nilainilai Islam.

Pada 2008, badan kehakiman Iran memberi amaran mengenai kesan budaya dan sosial buruk ekoran tindakan mengimport patung Barbie dan permainan Barat yang lain.

Meskipun demikian, pasaran Iran masih tetap dibanjiri permainan-permainan dari Barat.

Satu pertiga daripada 75 juta penduduk Iran berusia di bawah 15 tahun. -- AP.

No comments:

Posting Terkini