Pages

Tuesday, November 22, 2011

MCA akan beri RM100 kepada ahli warga emas

NONE
MCA akan memberi sumbangan sebanyak RM100 kepada semua anggota parti itu yang berusia 60 tahun dan ke atas serta RM200 kepada anggota parti atau pasangan mereka yang melahirkan anak mulai Januari 2012, kata presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Beliau berkata ang pow RM100 itu sebagai tanda penghargaan parti terhadap sumbangan mereka dan pada masa ini, terdapat kira-kira 300,000 anggota parti itu yang telah bersama MCA lebih 30 tahun.

"Ia sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih parti kepada mereka. Ini   kali pertama kami memutuskan untuk melakukannya. Kami mahu melihat reaksinya dan jika ia boleh dilaksanakan secara teratur... Jika maklum balas dari semua cawangan adalah memuaskan, mengapa tidak ia dilaksanakan setiap tahun?" katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat di Kuala Lumpur, semalam.

Dr Chua berkata jawatankuasa berkenaan memutuskan untuk mengagih sumbangan itu menerusi cawangan parti, dan ia akan diselia Setiausaha Pengelola Kebangsaan Datuk Tee Siew Kiong, manakala ang pow untuk bayi yang baru dilahirkan anggota MCA serta pasangan mereka, akan diketuai Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, yang juga Menteri Kesihatan.

- Bernama

No comments:

Posting Terkini