Tuesday, November 22, 2011
Kedai 1Malaysia mungkin diperluas di universiti
Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk membuka dan memperluaskan perkhidmatan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di universiti, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata perkara tersebut telah dibincangkan antara pihaknya dan wakil pelajar universiti di dalam Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) di Putrajaya.
"Antara perkara yang dibincangkan oleh pihak pelajar dan kami dalam mesyuarat tersebut ialah program seperti Kedai Rakyat 1Malaysia dan menu 1Malaysia yang mana kita kemudian pertimbangkan untuk diperluaskan juga dalam universiti.
"Ia disambut baik dan kebetulan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut berada dalam mesyuarat tersebut.
"Beliau akan cuba melihat bagaimana ia akan dapat dijayakan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tersebut yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mohamed Khaled berkata KR1M adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu meringankan beban rakyat dalam mengharungi kos sara hidup yang tinggi dan ia wajar dilaksanakan di dalam universiti.
"Kedai Rakyat 1Malaysia diperkenalkan kerajan untuk membantu masyarakat mengharungi kos sara hidup yang tinggi. Ia adalah satu usaha mencerminkan kekuatan kerajaan menghasikan idea meringankan beban rakyat.
"Dan mengapa pula universiti perlu dikecualikan daripada mendapat manfaat ini. Saya tidak lihat mengapa kita tidak boleh perluaskannya" katanya.
Sementara itu beliau berkata pihaknya kini sedang memantau keadaan pelajar Malaysia di Mesir menjelang pilihan raya negara itu yang dijangka berlangsung 28 Nov ini.
Beliau berkata pihaknya telah menghubungi Jabatan Penuntut Malaysia di Mesir untuk meminta mereka menasihatkan pelajar Malaysia supaya berhati-hati semasa berhadapan keadaan semasa di sana.
"Kita tak tahu apa yang akan terjadi di sana. Keadaan di sana tidak menentu. Mesir akan melalui pilihan raya kali pertama setelah kejatuhan bekas presiden Hosni Mubarak. Kesannya juga kita tak tahu," katanya.
Media melaporkan sudah berlaku pertempuran antara pihak berkuasa Mesir dengan para penunjuk perasaan di beberapa bandar semalam.
- Bernama
Labels:
BN,
Malaysian Politik,
pendidikan,
rasuah,
UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Zalimnya kerajaan nak suruh peminjam-peminjam PTPTN berbelanja barangan cikai mangkai dan berbahaya di IPTA.
Post a Comment