Kami sedih dan terkilan bahawa ramai orang Malaysia, termasuk wakil rakyat, telah memilih untuk terus menganiaya, mencaci, bersangka buruk dan mendiskriminasi semua orang yang telah mewujudkan ruang yang aman untuk berkongsi maklumat dan berdialog tentang hak asasi manusia sempena acara-acara anjuran Seksualiti Merdeka.
Kami merupakan warga Malaysia yang tidak mendapat hak kami untuk identiti dan nasib kami sendiri.
Tuduhan yang palsu dan berniat jahat yang bertujuan menyemai kebencian terhadap kami adalah sama sekali tidak berasas. Tindakan sebegini akan meminggirkan lagi golongan warga Malaysia yang telah sedia menderita akibat peminggiran oleh masyarakat. Sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia di Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kerajaan Malaysia seharusnya malu kerana membenarkan dan menggalakkan taktik-taktik intimidasi sebegini yang bertujuan untuk menakutkan.
Kami merupakan warga Malaysia yang tidak mendapat hak kami untuk identiti dan nasib kami sendiri.
Tuduhan yang palsu dan berniat jahat yang bertujuan menyemai kebencian terhadap kami adalah sama sekali tidak berasas. Tindakan sebegini akan meminggirkan lagi golongan warga Malaysia yang telah sedia menderita akibat peminggiran oleh masyarakat. Sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia di Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kerajaan Malaysia seharusnya malu kerana membenarkan dan menggalakkan taktik-taktik intimidasi sebegini yang bertujuan untuk menakutkan.
Fasal 8 (1), 8 (2) dan 10 Perlembagaan Persekutuan secara terang menjamin kesamarataan untuk semua warga Malaysia dari segi undang-undang, dan juga perlindungan bagi semua warga Malaysia dari diskriminasi atas dasar gender, serta kebebasan bersuara dan berpersatuan. Seterusnya, apabila berhadapan dengan aduan mengenai pencabulan hak asasi manusia golongan LGBTIQ<1> di Malaysia, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah menegaskan bahawa "semua orang, tanpa mengira orientasi seksual atau identiti gender, berhak untuk menikmati hak-hak asasi mereka sebagai manusia.<2>" SUHAKAM juga berpendapat:" ... hak asasi manusia adalah untuk semua dan golongan LGBT tidak dikecualikan. LGBT harus dihormati sebagai manusia dan perbezaan mereka tidak wajar digunakan sebagai alasan untuk melanggar hak-hak mereka. Tidak ada sebab untuk tindakan seperti mengejek, membuli atau mencederakan mereka secara fizikal.<3>"
Seksualiti Merdeka mewakili setiap orang yang percaya mereka memiliki hak untuk membuat keputusan sendiri atas tubuh mereka sendiri. Kami dengan tegas menentang segala bentuk stigma, diskriminasi, dan penganiayaan yang dbertujuan mengganggu dan menidakkan hak seksualiti <4>.
Seksualiti tidak dapat dipisahkan daripada keperibadian setiap manusia. Perkembangannya secara penuh bergantung kepada pemenuhan keperluan dasar manusia seperti keinginan untuk berhubung, keintiman, ekspresi emosi, kenikmatan, kelembutan, dan cinta.
Hak-hak seksual adalah hak asasi manusia sejagat berdasarkan kebebasan, maruah, dan kesamarataan semua manusia. Prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang sangat terang ini terkandung dalam Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 1948 dan Piagam PBB yang telah ditandatangani oleh Malaysia untuk menjadi anggota PBB. Dengan menandatanganinya, Malaysia mengukuhkan pelestarian kemanusiaan kita untuk melakukan apa yang perlu untuk menegakkan martabat setiap orang. Apabila Malaysia hilang rasa kemanusiaan ini, harapan untuk Malaysia yang lebih baik akan turut mati.
Kerajaan Malaysia seharusnya menyelar apa jua bentuk diskriminasi, stigma dan ancaman keganasan atau bunuh atas nama agama atau sistem kepercayaan; dan menghormati hak asasi golongan LGBTIQ sebagai hak asasi manusia sejagat. Hak masyarakat amnya hanya akan dilindungi apabila hak manusia individu dihormati. Inilah erti sebenar demokrasi.
Kerajaan Malaysia harus menghormati hak kami untuk menganjurkan forum, bengkel dan pertunjukan secara aman. Kebencian dan kejahilan yang bertujuan untuk menakutkan kami, dan seruan supaya acara-acara kami diberhentikan, sebaliknya membuktikan betapa perlunya ruang selamat dan aktiviti seperti Seksualiti Merdeka.
Larangan terhadap program-program Seksualiti Merdeka tidak pernah berlaku sebelum ini, kerana aktiviti-aktiviti kami telah dijalankan selama beberapa tahun. Demi menjaga keselamatan semua yang bakal hadir, kami tidak akan meneruskan acara-acara awam Seksualiti Merdeka sambil kami cuba berjumpa dengan Ketua Polis Negara Ismail Omar untuk menerangkan tujuan sebenar Seksualiti Merdeka.
Kami juga amat kesal bahawa Ambiga Sreenevasan, yang berperanan hanya dalam kapasiti beliau sebagai individu untuk mengisytiharkan pembukaan program kami pada tahun ini, telah difitnah dengan begitu hebat oleh mereka yang secara melampau menentang perlindungan, penghormatan, kesedaran dan pemenuhan hak asasi manusia golongan LGBTIQ di Malaysia.
Akhirnya, kami mengucapkan terima kasih yang tak berbelah bagi kepada pelbagai segmen masyarakat Malaysia yang terus menyokong kerja kami dan hak untuk membahas isu hak asasi manusia. Kami tetap bertekad untuk mewujudkan lingkungan yang kondusif yang akan membantu mengurangi kebencian tak berasas seperti hasutan ketakutan dan paranoia, yang disebabkan oleh kurangnya pemahaman bahawa isu-isu seksualiti sebenarnya adalah isu hak asasi manusia.
*Kenyataan daripada Seksualiti Merdeka.
No comments:
Post a Comment