Pages

Wednesday, November 23, 2011

Bekas pengetua dijel 30 tahun kerana hasilkan bahan lucah kanak-kanak


WASHINGTON: Seorang bekas pengetua sekolah rendah di Iowa dijatuhi hukuman penjara sehingga 30 tahun semalam selepas mengaku bersalah terhadap kesalahan menghasilkan bahan pornografi kanak-kanak yang membabitkan para pelajar di sekolahnya.

Robert Burke, 43 tahun, mengaku bahawa, sebagai pengetua sekolah tersebut di Dubuque, Iowa, dia telah menggunakan 'kamera-kamera tersembunyi di bilik air sekolah itu secara sulit merakam video-video yang menunjukkan bahagian sulit murid lelaki,' kata Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.

Burke juga mengakui bahawa dia telah menyimpan video-video itu dalam komputer di rumahnya.

Kegiatannya itu terdedah selepas seorang ejen Biro Siasatan Federal (FBI) di Washington memuat turun lapan imej pornografi kanak-kanak itu yang kemudian dikesan dari kediaman Burke, kata para pegawai dalam satu kenyataan.


Burke, bagaimanapun, mendesak bahawa dia 'tidak pernah menyentuh sebarang kanak-kanak secara seksual', dan para pegawai Amerika berkata mereka tidak mempunyai bukti yang menyanggah dakwaan itu.

Satu pemeriksaan forensik ke atas peralatan komputer Burke juga 'menunjukkan tidak ada bukti bahawa Burke telah mengongsi video-video yang dihasilkannya di sekolah tersebut', menurut kenyataan itu.

Selain dikenakan hukuman selama 360 bulan dalam penjara, Burke juga didenda AS$25,000 ($32,507).

'Sebagai pengetua sebuah sekolah rendah, Burke berada dalam kedudukan dipercayai dan berkuasa ke atas para pelajarnya,' kata Peguam Negara Amerika, Cik Stephanie Rose.

'Dia telah mengambil kesempatan ke atas kepercayaan itu dan dia menggunakan kedudukan kuasanya mengeksploit kanak-kanak yang seharusnya dia lindungi,' tambahnya dalam kenyataan tersebut. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini