Pages

Friday, October 14, 2011

Dr Idris Ahmad dilantik Pengerusi J/kuasa Bertindak Pembangunan Kg Baru


SHAH ALAM: Wakil Kerajaan Negeri Selangor dalam Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dr Idris Ahmad dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kampung baru (JKBPKB).
Menurut kenyataan media yang dikeluar Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar, jawatankuasa berkenaan telah mengadakan mesyuarat pertamanya, semalam.
“JKBPKB ini ditubuhkan oleh Pejabat  Menteri Besar selepas menerima maklum balas berterusan dari pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru yang mahu kepentingan dan kesejahteraan mereka diutamakan dalam  apa jua pembangunan yang dirancangkan,” kata kenyataan itu.

JKBPKB dianggotai wakil Pejabat Dato’ Menteri Besar, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), yayasan Selangor (YS), Sekretariat Pembangunan Kampung Baru (SPKB), wakil pemilik dan pewaris tanah serta ahli-ahli profesional termasuk peguam serta jurutera.
“Jawatankuasa ini akan berperanan sebagai badan yang meneliti isu-isu berkaitan Kampung Baru termasuk perundangan, perancangan dan pelaksanaan pembangunan serta mengadakan sesi penerangan,” jelasnya.
Selain itu, ia juga akan mengemukakan cadangan kepada  pemilik dan pewaris tanah dan akan dijadikan sebagai pilihan  untuk dipertimbang dan dipersetujui.
“JKBPKB bertanggungjawab memastikan kepentingan pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru sentiasa dipelihara dan dilindungi,” ujarnya.
Sehubungan itu, pertemuan dengan berbagai pihak akan dibuat bagi mendapatkan pandangan agar cadangan pembangunan yang terbaik diterbitkan dengan mengambil kira semua faktor.
Bacaan Untuk Kaum Wanita 

No comments:

Posting Terkini