Pages

Wednesday, September 7, 2011

Pemimpin kanan Al-Qaeda ditahan


ISLAMABAD: Seorang pemimpin kanan Al-Qaeda yang dipercayai bertanggungjawab merancang beberapa serangan di Amerika Syarikat, Eropah dan Australia ditahan di Pakistan.

Younis al-Mauritani ditahan di pinggir bandar di timur laut Quetta bersama dua lagi anggota operasi tertinggi rangkaian itu dalam operasi bersama perisik Pakistan dan Amerika.

Penahanan tersebut memberi satu lagi tamparan hebat kepada rangkaian pengganas antarabangsa itu selepas empat bulan ketuanya, Osama bin Laden, dibunuh dalam satu serbuan askar Amerika.

Namun, tidak dinyatakan bila pemimpin kanan Al-Qaeda itu ditahan. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini