Pages

Sunday, September 11, 2011

Isu Bukit Kepong ditimbulkan oleh Pas sendiri – Hishammuddin


BAGAN DATOH 11 Sept – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menolak dakwaan Pas kononnya Barisan Nasional (BN) sengaja memperbesar-besarkan isu Bukit Kepong untuk menutup “segala penipuan pilihan raya yang telah dirancang”.

Dakwaan itu dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan dilaporkan dalam sebuah portal berita semalam.

Menurut Hadi, tindakan BN itu bertujuan memastikan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang.



"Adalah tidak adil menuduh dan mempersalahkan BN kerana ia (kontroversi Bukit Kepong) ditimbulkan oleh pemimpin Pas sendiri,” kata Hishammuddin kepada pemberita selepas menghadiri jamuan Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bagan Datoh di sini hari ini.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi itu bila beliau menyifatkan Mat Indera dan anggota komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong sebagai wira negara.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO berkata, rakyat boleh menilai tindakan pembangkang yang gemar menyerang pelbagai institusi negara semata-mata untuk gimik politik mereka. – Bernama

No comments:

Posting Terkini