Pages

Wednesday, August 3, 2011

Mati dibelasah sebab kutuk famili kenalan di Facebook


KULIM (Kedah): Akibat mengutuk hal peribadi keluarga kenalan wanitanya melalui laman sosial, Facebook, seorang lelaki dibelasah hingga mati menggunakan topi keledar oleh dua lelaki dipercayai abang wanita itu.

Mangsa, Allahyarham Mohd Amran Romli, 20 tahun, dimasukkan ke Hospital Kulim selepas kejadian pada 8 malam, Jumaat lalu, di Taman Tiram, Lunas, dan disahkan mati akibat pendarahan dalaman kepala, Ahad lalu.

Encik Mohd Amran dikatakan diserang dua lelaki - iaitu abang kenalan wanitanya, berusia 25 dan 26 tahun - di belakang sebuah pasar raya di taman itu.


Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Ghuzlan Saleh, berkata dalam pergaduhan itu kepala mangsa dihentak dengan kuat dengan topi keledar, menyebabkannya pengsan dan dikejarkan ke Hospital Kulim.

'Mangsa mengenali wanita itu melalui Facebook, tetapi hubungan mereka mula menghadapi masalah.

'Sejak itu mangsa dikatakan sering mengganggu kenalan wanitanya melalui Facebook, selain turut mengutuk hal peribadi keluarganya. Wanita itu kemudian mengadu perbuatan mangsa kepada dua abangnya.

Kedua-dua suspek ditahan untuk membantu siasatan kerana membunuh. -- BHM.



No comments:

Posting Terkini