Pages

Friday, July 8, 2011

Presiden PSM beri keterangan berhubung Bersih

PETALING JAYA: Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Nasir Hashim memberi keterangan di Balai Polis Damansara pagi tadi berhubung perhimpunan anggota-anggota PKR Ahad lalu.
“Saya dipanggil ke balai polis di bawah Seksyen 27 Akta Polis kerana terbabit dengan perhimpunan haram,” kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Damansara ketika dihubungi sebentar tadi.
Seksyen 27 Akta Polis 1967 memperuntukkan kuasa kepada polis untuk mengawal dan mengeluarkan permit perhimpunan.

Pada hari Ahad lepas, Dr Nasir bersama Ahli Parlimen Subang R Sivarasa telah menghadiri satu perjumpaan dengan kira-kira 100 ahli PKR di Seksyen 7 berkaitan hasil pertemuan kumpulan Bersih dengan Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin Rabu lalu.
Ketika perjumpaan tersebut kira-kira 100 anggota polis termasuk dari kumpulan ‘Light Strike Force’ telah mengepung dewan di mana perjumpaan tersebut diadakan.
“Keadaan sekarang lebih merumitkan. Saya memberitahu pihak polis bahawa kami akan bertemu mereka di mahkamah bila mereka membuat pendakwaan.
“Ini kerana dua minggu lepas polis turut menyerbu majlis makan malam di Kampung Melayu Subang Tambahan yang dianjurkan oleh jawatankuasa kampung tersebut,” terang beliau.

No comments:

Posting Terkini